Tarikh Perkahwinan Sharnaaz Ahmad Dan Noornabila Akan Diketahui 9 Jan Nanti



04/01/2017 – PELAKON Sharnaaz Ahmad akan mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan kekasih hati, Noornabila pada 9 Januari ini.

Sharnaaz memberitahu, satu sidang media khas akan diadakan untuk tujuan tersebut.

Sidang media yang bakal diadakan di sebuah kafe di Kuala Lumpur itu, akan menjelaskan kepada umum mengenai majlis yang telah di rancang oleh mereka itu nanti.

Terdahulu, Sharnaaz telah menghantar rombongan merisik kekasih hatinya, Noornabila pada pertengahan bulan Disember lalu.

Sharnaaz juga telah memberitahu bahawa dia dan Noornabila tidak akan bertunang tetapi akan terus melangsungkan majlis pernikahan.

Pelakon berbakat besar itu turut memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *