Terpaksa pinjam Ah Long RM300 ribu akibat percaya sindiket emas murah

19/01/2017 Kuala Lumpur – Seorang ahli perniagaan tidak menyangka telah menjadi mangsa tipu sepasang suami isteri untuk pembelian 128.5 kilogram emas dan terpaksa menanggung kerugian RM14 juta.

Pengadu yang hanya dikenali sebagai Bahari berkata, terpaksa mengambil keputusan untuk menjual rumah, kereta Ferrari, Audi, BMW dan Range Rover miliknya untuk melunaskan hutang kepada 128 pelanggan selain pinjam along RM300,000.

“Saya terpaksa jual rumah, kereta Ferrari, Audi, BMW dan Range Rover Evoque untuk lunas hutang kepada 128 pelanggan selain pinjam along RM300,000,”katanya.

Penipuan jongkong emas ini berjaya menarik perhatian ramai pihak kerana sering memancing pelanggan dengan memberikan pelanggan harga emas yang murah berbanding harga sebenar di pasaran.

Malah, Bahari juga terpaksa menutup perniagaan yang diusahakan sejak 2013 berikutan tidak dapat menyiapkan tempahan barang kemas pelanggan bernilai RM7 juta.

Namun begitu, pihak pembekal emas ketika dihubungi pula mendakwa turut menjadi mangsa penipuan jongkong emas oleh 3 syarikat beroperasi di Melaka dan Lembah Klang.

Bahari berkata, dirinya mengambil langkah selamat telah membuat 3 laporan polis di Melaka dua tahun lalu bagi membuktikan dirinya tidak bersalah dan dianggap seorang penipu. -UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *