Testimoni ‘Pil Gugur Anak’ jadi kecaman netizen di laman sosial

10/01/2017 – Pasangan yang sudah beberapa tahun berkahwin berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan anak. Sampaikan ada yang sudah mencuba macam-macam ikhtiar untuk memperolehi cahaya mata. Tetapi, individu yang telah dikurniakan anak, mengambil keputusan mudah untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa keping gambar ‘testimoni pil gugurkan anak’ telah viral di laman sosial. Gambar itu menunjukkan perbualan di applikasi Whatsapp pengguna yang telah berjaya menggugurkan kandungan mereka setelah memakan pil itu.

Tetapi, ramai netizen yang agak berang dan kecewa dengan melihat perbualan serta gambar janin yang telah digugurkan. Kes menggugurkan bayi atau janin ini selalu dilakukan kerana bayi yang dikandungkan itu adalah anak luar nikah.

Apabila nafsu menguasai diri mereka suka untuk melakukan seks bebas dan tanpa sedar telah hamil. Rata-rata wanita di luar sana mengambil langkah mudah untuk menggugurkan kandungan mereka.

Perbualan ini berjaya di rakam seorang wanita apabila ada seorang wanita mendekati dirinya untuk menjual pil keguguran. Lebih menimbulkan kemarahan netizen apabila ada antara gambar yang dikongsikan menunjukkan bayi kembar telah digugurkan.

Malah, wanita yang telah berjaya menggugurkan bayi mereka dilihat gembira dan berterima kasih pada penjual pil gugur itu. Antara komen pengguna laman sosial dengan perbuatan kejam manusia seperti ini.

“Bila biarkan syaitan laknatullah penuh dalam diri. Semoga Allah berikan mereka hidayah.

“Tidak tahu nak marah atau nak sedih. Semoga Allah berikan hidayah kepada pelaku dan penjual pil ini. Kalau nanti suatu hari sudah berkahwin dan Allah tidak berikan rezeki anak. Semoga kau ingat semua perbuatan kau ini.”

Janin yang digugurkan itu adalah satu nyawa dan bukan sekadar patung yang tidak bernyawa. Menggugurkan janin ini seperti membunuh satu nyawa manusia. Sepatutnya janin ini ditanam cara Islam di mandi, dikafankan dan dikebumikan dengan baik. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *