Tiada tempat untuk pembangkang di Kedah.. – Prof UUM

Penerimaan pembangkang di Kedah namanya semakin hari semakin menipis… Ini berdasarkan daripada pola pengundi masyarakat di negeri itu yang dilihat tidak banyak mengalami perubahan. Ini menunjukkan pembangkang tidak berjaya mendapat tempat di hati rakyat Kedah.

Bukan itu sahaja, harapan pembangkang untuk cuba menewaskan Barisan Nasional (BN) dilihat tidak akan berhasil. Berdasarkan pola sokongan masyarakat Melayu di luar bandar negeri itu kepada kerajaan, ia langsung tidak mengalami sebarang perubahan.

Perkara itu didedahkan oleh Pensyarah Kanan yang merupakan bekas Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed.

Rakyat Kedah masih lagi memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan… Malah masyarakat Melayu luar bandar masih mengharapkan bantuan kerajaan berbanding janji-janji manis yang ditaburkan puak pembangkang.

Selama ini kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan demi meringankan bebanan yang ditanggung penduduk luar bandar. Malah bantuan seperti subsidi kepada pesawah, petani dan sebagainya menjadi lambang kepada keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

Sebab utama kenapa rakyat memilih pembangkang hanya kerana mereka tercenderung kepada penyebaran maklumat khususnya di media sosial. Bukan itu sahaja, informasi-informasi yang tersebar itu diragui dan tidak benar.

Dalam pada itu, penganalisis politik terkemuka negara itu bagaimanapun menolak dakwaan Ahli Parlimen DAP, Liew Chin Tong, yang mendakwa kononnya akan berlaku “tsunami Melayu” pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Ahmad Marthada tidak bersetuju dengan jangkaan Chin Tong yang mendakwa akan berlaku tsunami Melayu, hal ini kerana perbezaannya tidak banyak berubah. Sebenarnya fenomena “tsunami” ini adalah merupakan suatu insiden yang bersifat tiba-tiba dan bukannya boleh diukur melalui jangkaan.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *