TMJ Rasa Kejayan Faiz Subri Tidak Bermakna?

11/01/2017 Petaling Jaya – Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memang cukup dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara dan berani melontarkan cabaran.

Dikala rakyat Malaysia gembira dan teruja dengan kejayaan pemain bola sepak Pulau Pinang Faiz Subri telah menang di Anugerah Puskas. Ini pula peringatan dan reaksi TMJ oleh kemangan yang dikecapi Faiz itu.

TMJ berkata kemenangan Faiz itu tidak menggambarkan situasi sebenar bola sepak. Malah menganggap ‘gol lencongan ajaib’ Faiz itu tidak bermakna.

“Tahniah kepada Faiz Subri. Tetapi saya tidak mahu mengangkat beliau setinggi langit seperti media cetak dan media sosial Malaysia. Saya rela dibenci kerana memberitahu kebenaran daripada disayangi untuk berkata sesuatu yang tidak berfakta,” katanya.

TMJ juga menyuarkan perkara itu apabila merasakan media terlalu mengembar-gembur kejayaan seorang individu tanpa melihat realiti sebenar bola sepak tanah air dari segi korupsi, ranking dunia dan system pengurusan pasukan negara.

“Anda semua terlalu membanggakan seseorang individu tetapi mengetepikan perkara yang mustahak iaitu integriti dan reputasi bola sepak tanah air yang mana semua orang tahu di mana tahapnya sekarang ini,” katanya.

Namun begitu, ada beberapa netizen turut mempersoal adakan peringatan atau reaksi yang ditunjukkan oleh TMJ ini tetap sama jika Faiz adalah pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Adakah gol ajaib yang dilakukan oleh pemain bola sepak JDT juga akan dianggap tidak bermakna dan kejayaan itu tidak perlu diangkat setinggi langit?

Sementara itu, TMJ juga sendiri mengakui menjadi individu pertama yang memberi sumbangan ikhlas ke atas pencapai yang diperolehi oleh Faiz sebagai Penaung Diraja PFAM bulan lalu di Melaka. -UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *