Tubuh Seksi Izara Aisha jadi idaman peminat..

28/01/2017 – Walaupun sering tampil berpakaian seksi dan menjolok mata sehingga mengundang kecaman daripada segelintir pihak, namun imejnya yang semakin cantik dan bertubuh langsing sememangnya menarik perhatian peminat.

Baru-baru ini, pelakon seksi itu memuat naik beberapa keping gambar memaparkan dirinya yang kini semakin kurus dan menawan, malah peminat dan pengikut Instagramnya turut memuji bentuk badan aktres itu.

Ekoran dirinya yang semakin kurus dan langsing, ramai pengikut meminta Izara mendedahkan rahsia menurunkan berat badan serta petua kecantikan diamalkan aktres itu.

“Suka bentuk badan Izara. Mesti susah nak kekalkan bentuk tubuh begitu,” tulis seorang pengikut.

Terdahulu, Izara ada memuat naik sebuah entri mengatakan dirinya mengamalkan pengambilan sejenis ubat kurus yang diberikan oleh Sharnaaz dan dia sangat berpuas hati dengan hasil pengambilan ubat berkenaan. – CF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *