Tukang Masak Mengamuk Dikutuk Makanan Tak Sedap di Bukit Mertajam

12/01/2017 Bukit Mertajam – Seorang pelanggan mengalami kecederaan di pipi kiri, dagu serta lutut kiri apabila bergaduh dengan seorang lelaki merupakan seorang tukang masak di sebuah restoran di sini.

Tukang masak yang berusia 53 tahun dan pelanggan berusia 50 tahun telah bergaduh di restoran itu. Tukang masak itu dikatakan berang selepas pelanggan itu mengadu masakannya tidak sedap dan telah menyerang pelanggan itu dengan pisau.

Pergaduhan itu hanya berlaku antara meraka berdua sebelum beberapa pelanggan lain telah masuk campur dan membaling kerusi dan meja kearah tukang masak itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pelanggan dan tukang masak itu sedang dirawat di Hospital Sebrang Jaya.

“Tukang masak itu yang berang kemudian mengambil pisau serta menyerang pelanggan yang memarahinya sebelum itu dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Pelanggan terbabit luka di pipi kiri, dagu, dada serta lutut kiri manakala tukang masak mengalami kecederaan di kepala dan badan,” kata.

Malah, pihak polis juga sedang menjejaki tujuh lelaki yang berada di restoran itu, di sebuah taman perindustrian ringan, ketika berlaku kejadian tersebut. Kes akan di siasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaaan kerana mesuruh. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *