Urutan Badan Boleh Membawa Maut!!

05/01/2017 – Amalan ‘berurut badan’ memang sudah lama diamalkan oleh nenek moyang kita. Amalan berurut ini juga banyak dilakukan oleh golongan wanita. Antaranya wanita selepas bersalin pasti akan mengamalkan ‘mengurut badan’.

Mengurut adalah satu kaedah yang dapat membantu memberikan kelegaan. Walaupun mengurut badan bukan penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan keregangan urat, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kesakitan badan.

Tetapi, tidak semua orang sesuai untuk diurut dan tak semua tukang urut ada ilmu mengurut yang betul. Seorang doktor yang dikenali sebagai Hana hadzrami telah mendedahkan beberapa kes ‘mengurut badan’ yang telah dialami oleh pesakit beliau sehingga mengakibatkan patah tulang belakang dan strok sehinggga menyebabkan kematian.

Menerusi akaun Facebook, Hana telah berkongsikan kisah pesakitnya yang mengalami lumpuh akibat daripada mengurut. Disangkakan bunyi ‘krak’ semasa mengurut adalah bunyi tulang yang telah dibetulkan kedudukannya.. Rupa-rupanya bunyi itu adalah bunyi tulang yang patah.. Disebabkan itu pesakit tersebut telah lumpuh kedua-dua belah kaki.

“Urut nampak seperti prosedur biasa yang tak berbahaya. Tetapi bagi pesakit yang berisiko tulang rapuh atau urutan di kawasan sensitif, ia boleh mendatangkan bahaya”

“Bukan pertama kali aktiviti urut ini berakhir dengan kecacatan, malah ada kes kematian juga,” katanya.

Malah, ada kes seorang lelaki tua pengsan selama sehari selepas menjalani ‘deep tissue massage’. Apabila disiasat, rupa-rupanya lelaki itu telah mengalami sel tisu otot pecah dan buah pinggang telah tersumbat hingga menyebabkan jantung terhenti.

Tidak salah untuk ‘mengurut badan’ tetapi lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, jika anda ada masalah perubatan. Sayangilah nyawa anda sendiri.. Jangan sesuka hati mendapatkan rawatan urut daripada tukang urut yang tidak berpengalaman. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *