Wanita Perasan Muslimah, Pertikai Faiz Subri Pakai Baju Lambang Salib

10/01/2017 – Kejayaan Mohd Faiz Subri mengondol anugerah berprestij FIFA Puskas Award telah mencipta sejarah anak Malaysia pertama menjuarai kejuaraan sukan tertinggi di dunia.

Rakyat Malaysia juga tidak putus-putus mengucapkan tahniah pada pemain bola sepak itu dan turut tumpang gembira dengan kejayaan Mohd Faiz yang disifatkan sebagai satu kejayaan yang luar biasa.

Namun begitu, di sebalik kejayaan Mohd Faiz ini yang sudah mula tular di laman sosial. Terdapat satu komen dari pengguna laman sosial menggunakan nama Hidayah Muslimah telah menarik perhatian netizen.

Wanita itu telah mengecam pakaian Mohd Faiz ketika hadir di anugerah Puskas Itu. Wanita itu berkata Mohd Faiz telah mengenakan baju berlambang salib.

“Anda tidak menyedari beliau telah mengenakan pakaian berlambang salib. Jangan bangga untuk melihat terlebih dahulu,” katanya.

Gambar itu memang menampakkan Mohd Faiz mengenakan baju seperti lambang salib. Tetapi, ‘lambang salib’ itu terhasil apabila Mohd Faiz memakai ‘bow tie’ atau dikenali sebagai tali reben leher.

Sudut gambar yang diambil ketika itu telah menampakkan Mohd Faiz mengenakan ‘bow tie’ lambang salib. Jika di lihat dengan lebih teliti lambang salib itu terhasil apabila mikrofon yang disediakan berbentuk panjang.

Wanita itu telah dikecam hebat oleh netizen dan komennya itu telah tular di laman sosial. Antara kritikan yang diberikan netizen pada wanita itu.

“Itu pembesar suara, dia tahu la yang mana baik yang mana tak baik. Kalau tak awal-awal lagi dia dah salam dengan perempuan ‘mat saleh’ tu.”-UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *