Zulin Aziz kini Alergik Makan Di Warung Tepi Jalan

10/01/2017 – Kuala Lumpur – Gara-gara makan di sebuah warung tepi jalan ketika bercuti ke sebuah negara baru-baru ini pengacara Zulin Aziz, 27 telah dimasukkan ke hospital akibat mengalami keracunan makanan.

Menerusi akaun Instagram Zulin, pengacara itu sering memuat naik gambar berada di Jakarta, Indonesia sebelum di masukkan ke hospital akibat kerunan makanan.

Zulin berkata dia ke negara itu bersama dengan dua rakannya dan membeli makanan yang dijual di warung tepi jalan pada hari pertama berada di sana. Tidak menyangka dengan makan makanan itu yang dilihat bersih dan sedap dirinya boleh terkena keracunan makanan.

“Makanan itu memang sedap tetapi tidak lama kemudian perut saya mula memulas. Saya biarkan saja tanpa mengambil sebarang ubat kerana ingatkan tak serius.

“Lima hari berada di sana perut saya asyik sakit dan beberapa kali keluar masuk tandas.

“Dalam penerbangan balik ke Kuala Lumpur, saya rasa tak keruan tetapi apabila sampai di rumah saya rasa okay. Esoknya saya bekerja seperti biasa tetapi hari Jumaat lalu saya terbaring dan rasa tak bermaya kerana cirit-birit,” katanya.

Zulin telah dimasukkan hampir lima botol air kerana mengalami dehidrasi yang teruk kerana muntah-muntah dan cirit-birit. Namun Zulin telah pun dibenarkan pulang ke rumah kerana kesihatan sudah mula beransur pulih.

Sementara itu, sepanjang berada di hospital Zulin telah menerima lawatan dari pelakon Emma Maembong yang turut sama dirawat di hospital terbabit sebagai pesakit. Emma di masukkan ke hospital terbabit kerana jangkitan virus. -UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *