Zunar mengaku ‘jahat’ sejak zaman sekolah lagi.

Sejak dari zaman sekolah lagi kartunis Zunar, atau Zulkiflee Anwar Ulhaque dikatakan agak jahat dan lantang dalam mengkritik dan melemparkan kutukan terhadap guru di sekolahnya, melalui lakaran kartun hasil lukisannya. Jadi tidak hairanlah pada usianya menjangkau 54 tahun ketika ini dilanda pelbagai kontroversi.

Bukan itu sahaja, seawal usia 17 tahun lagi Zunar sudah berdepan dengan pengharaman karyanya oleh pihak sekolah kerana dia begitu lantang mengkritik seorang guru. Pada ketika itu Zunar merupakan pengarang dan kartunis untuk majalah sekolah.

Kehadiran Zunar dalam dunia maya sekarang bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan pihak kerajaan dan politik… Malam pada zaman kanak-kanaknya juga dirinya telah menimbulkan pelbagai masalah kepada semua pihak. Pendek kata Zunar ni bukan setakat nakal tapi buas.

Ceritanya sendiri, pada zaman kanak-kanak dahulu dia terpaksa turun ke pekan ketika menetap di sebuah kampung kecil di Kedah. Nak beli Surat khabar dan majalah pada ketika itu mahal… Disebabkan itu Zunar sanggup mencuri majalah Times kerana minatnya dalam menghasilkan karya kartun. Masa tu dalam majalah Times ada 2 halaman kartun politik.

Sebab tak mampu beli jadi Zunar mencuri, bukan tu je Zunar juga turut melakar kartun dalam buku latihan dan di dinding sekolah. Eshhh jahat betul! Sampai kena rotan dengan guru. Kenakalan Zunar tidak setakat itu sahaja.

Pada zaman tu Zunar tak mampu beli dakwat jadi dia memilih untuk menggunakan iodin yang didapatkan secara percuma dari klinik bergerak. Jadi dia melukis dengan menggunakan iodin. Jadi tak hairan la kenapa setakat ini 5 karya kartun yang diterbitkan Zunar diharamkan.

Caranya menyampai mesej dalam kartun sebenarnya tidak sampai… Sebaliknya karya Zunar hanyalah satu penghinaan kepada orang lain. Yela kalau kecil-kecil lagi dah pandai mencuri dan buat kerja tak betul…

Apa lagi yang korang harapkan bila dia dah besar?? Dikenakan tindakan seperti keluar masuk lokap, rampasan buku, dan sekatan perjalanan. Perkara biasa bagi Zunar.

Kalau kecil-kecil dah jahat… besar-besar nak jadi apa?! Jika dulu Zunar menzahirkan rasa tak puas hatinya terhadap guru melalui lukisan… Kini Zunar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan dengan cara yang sama juga. Menghasilkan kartun bertemakan politik.

Ramai yang tidak suka dengan penghasilan kartun Zunar… Ada juga yang terkesan dan tersinggung walaupun lukisan tersebut tidak ditujukan kepada mereka. Ini kerana apa yang cuba disampaikan Zunar melalui kartun itu sanggat keterlaluan dan tiada adap.

Kerana terlalu bangga dengan hasil kerjanya yang suka mengkritik tanpa mencerminkan dirinya terlebih dahulu itu… Zunar mengibaratkan dirinya sebagai kreatif dan bukannya aktivis. Hmm sepatutnya kreatif itu menggunakan otak bukannya bertindak atas emosi. -TiraGomezUtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *