60 Planet baru ditemui oleh Ahli Astronomi.

LONDON – Ahli astronomi diketuai sekumpulan penyelidik dari University of Hertfordshire menemui 60 buah planet baharu yang mengorbit bintang.

Menerusi kajian yang dilakukan, salah satu daripada planet itu dikenali sebagai Gliese 411b iaitu planet yang dianggap jauh lebih panas daripada bumi dan keempat paling hampir dengan matahari.

Ketua penyelidik itu, Dr. Mikko Tuomi berkata, sangat menakjubkan apabila melihat bintang-bintang yang terletak berhampiran sistem suria memiliki planet sendiri untuk mengorbit.

“Ia adalah salah satu daripada perkara yang sukar untuk diyakinkan oleh ahli astronomi sebelum ini walaupun dalam tempoh yang singkat iaitu sekitar lima tahun lepas,” katanya.

Selain menemuI planet baharu, mereka turut menemui bukti kewujudan 54 buah planet lain pada masa yang sama.

Situasi itu menjadikan jumlah keseluruhan planet yang berjaya dikesan dalam sistem cakerawala setakat ini ialah sebanyak 114 buah.

Walaupun begitu, hasil kajian berkenaan hanya diperoleh dalam tempoh lebih 20 tahun apabila 61,000 individu diperlukan untuk memerhatikan kira-kira 1,600 bintang oleh sekumpulan ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) di Hawaii.

Proses pemerhatian merupakan sebahagian daripada Tinjauan Lick-Carnegie Exoplanet, ia dikatakan bermula sejak tahun 1996 dengan melibatkan dua ahli astronomi dari University of California iaitu Steve Vogt dan Geoffrey Marcy. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *