9 jasa-jasa besar Guan Eng dan DAP untuk rakyat Pulau Pinang.

23/02/17 : Jika hendak diamati banyak sangat ‘jasa-jasa’ dan ‘sumbangan’ yang ditaburkan oleh kerajaan DAP negeri Pulau Pinang sejak beberapa tahun ini. Sampai Gomez sendiri tak mampu nak senaraikan kesemuanya.

Tapi disini Gomez nak senaraikan kat korang 9 jasa-jasa terbesar yang telah DAP lakukan untuk rakyat Pulau Pinang. Sejak DAP memerintah, mereka telah ‘membantu’ rakyat dengan memperkenalkan cukai katil. Sebelum ni tak pernah ada pun tapi lepas DAP ambil alih terus Ketua Menteri, Lim Guan Eng memperkenalkan cukai katil.

Keduanya, DAP telah menaikkan cukai pintu sebanyak 14.29 peratus dan tarif air juga dinaikkan dengan purata kenaikkan sebanyak 16.7 peratus. Fuhhhhh dahsyat betul cara Guan Eng tolong rakyat nih! Bukan tu je, DAP Pulau Pinang turut menaikkan kadar sewa gerai Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sehingga mencecah 100 peratus.

Mak aiiii… Besar betul ‘sumbangan’ dan ‘pengorbanan’ parti cauvinis DAP ni pada rakyat dan yang paling best semua kenaikkan itu dilakukan pada tahun 2015. Dalam masa satu tahun sahaja rakyat harus menghadapi tiga kenaikkan serentak.

Sebenarnya bukan tiga tau tapi dalam tahun 2015 itu juga rakyat Pulau Pinang diberi satu lagi ‘hadiah’ yang sangat bermakna oleh DAP. Apabila dorang mendapat lanjutan caj parking kenderaan yang selalunya hanya sehingga jam 6 petang, tapi kali ni Guan Eng lanjutkan caj sampai 12 tengah malam.

Patut la rakyat sayang sangat dekat Guan Eng…, Rupanya banyak betul ‘sumbangan’ dia pada rakyat. Tapi apa yang Gomez beri tahu tadi sebenarnya sikit je. Apa yang paling membanggakan adalah sejak tahun 2008 sehingga kini, Guan Eng telah berjaya mengurangkan nisbah pembinaan rumah mampu milik.

Maknanya kadar pembinaan rumah mewah lagi banyak dari rumah mampu milik yang dikhaskan untuk rakyat berpendapatan rendah. Itu merupakan satu kejayaan besar DAP…, Bukan tu je dorang juga berjaya membohongi rakyat dengan mendakwa masalah banjir di Pulau Pinang telah selesai.

Padahal pada tahun lepas banjir kilat telah berlaku dan Bukit Bendera mengalami kejadian tanah runtuh sehingga terciptanya ‘air terjun teh ais’. Sejak dari tahun 2008 juga, DAP Pulau Pinang berjaya mengekalkan kejuaraan dan tittle pusat maksiat seperti rumah urut dan pusat judi paling terbanyak sekali di Malaysia.

Malah, punya la banyak pusat judi dan tempat maksiat seperti rumah urut kat Pulau Pinang tu sampaikan Danok pun kalah tau! Perhhh famous la Pulau Pinang lepas ni… Lelaki miang lepas ni tak payah pi Danok dah dorang pi Pulau Pinang pun dah best.

Itu adalah antara sumbangan besar yang telah DAP Pulau Pinang lakukan demi rakyat kesayangannya. Pasti orang Pulau Pinang bangga sangat kan dapat Ketua Menteri yang baik dan banyak berjasa macam Guan Eng ni. -TiraGomez/UtaraNews.com