A Kadir Jasin Cuba Kelirukan Orang Ramai

Oleh Lim Sian See

A Kadir Jasin dari Parti Pribumi terus menghentam China. Beliau berkata cara China menjalankan perniagaan bersifat monopolistik dan diasaskan berdasarkan konsep “China first” dan beliau berkata ketakutan Mahathir bahawa syarikat-syarikat dan pekerja China akan memonopoli projek yang dibiayai China di negara kita bukanlah tidak berasas.

Sebagai bukti, beliau melampirkan papan tanda projek pemulihan pejabat oleh Bank of China cawangan Pulau Pinang, yang kebanyakannya dalam bahasa Melayu.

Bukti beliau bahawa China adalah monopolisitik dan tidak meninggalkan apa-apa untuk Malaysia ialah bahawa arkitek itu adalah syarikat AS milik seorang arkitek terkenal China dan kontraktor itu adalah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan adalah anak syarikat China State Construction Engineering Corporation.

Ini adalah bukti Kadir bahawa China mendapat segala-galanya dan Malaysia tidak mendapat apa-apa.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kadir kerana memberi contoh ini yang mana benar-benar membuktikan bahawa beliau hanya tahu sedikit sahaja tetapi masih mahu mengelirukan orang ramai.

Jika projek yang sepenuhnya dibiayai oleh Bank of China ini diteruskan, semua syarikat-syarikat tempatan yang dibulatkan dengan warna biru akan mendapat hasil dan keuntungan. Orang ramai akan mendapat kerja.

Malah kontraktor dari syarikat China yang diperbadankan di dalam negara itu juga perlu membayar cukai pendapatan kepada Kerajaan. Mereka juga perlu membeli bahan binaan mereka – pasir, paku, batu bata, cat dan lain-lain – dari pembekal-pembekal tempatan yang akan mendapat manfaat.

Terdapat juga pungutan GST dari aktiviti ekonomi untuk projek ini.

Ini adalah bagaimana pelaburan seperti ini membantu menjana pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan.

Jika projek ini tidak wujud, jumlah manfaat ekonomi kepada Kerajaan, rakyat yang bekerja untuk projek itu, pembekal bahan binaan, syarikat-syarikat tempatan yang mendapat sebahagian daripada kerja itu adalah KOSONG.

KOSONG.

Ini adalah sesuatu yang begitu mudah tetapi A Kadir Jasin dan Mahathir tidak nampak.

Tetapi saya berterima kasih kepada Kadir kerana menggunakan contoh ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *