Akhirnya Suu Kyi Bersuara Mengenai Kematian Ko Ni

YANGON – Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi akhirnya bersuara selepas sebulan membisu mengenai pembunuhan penasihat beliau, U Ko Ni.

Peguam Muslim terkenal dan pengkritik tentera Myanmar itu ditembak mati di luar lapangan terbang Yangon, 29 Januari lalu.

“Kehilangan Ko Ni adalah kerugian besar. Beliau bekerjasama dengan kita selama bertahun-tahun bersandarkan kepercayaan beliau,” katanya ketika berucap di dewan penuh di Yangon, hari ini sambil menyifatkan peguam itu dan seorang pemandu teksi yang turut maut sebagai wira negara.

Suu Kyi menyifatkannya kematian Ko Ni sebagai kehilangan besar dalam perjuangan demokrasi negara itu.

Pihak berkuasa berkata, lelaki bersenjata itu diupah seorang bekas pegawai tentera yang kini bersembunyi.

Parti Liga Demokrasi Nasional (NLD) pula menyifatkan kes itu sebagai pembunuh politik dan serangan pengganas terhadap dasar mereka. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *