Amir Raja Lawak Akan Jadi Bintang Korea Terbaru Running Man

17/02/2017 – Rancangan realiti popular Korea Running Man adalah satu rancangan hiburan yang mendapat sambutan hampir di seluruh dunia.

Namun begitu, peminat program tersebut telah menerima berita sedih apabila salah seorang dari ahli kumpulan RM iaitu Kang Gary telah mengambil keputusan untuk meninggalkan program itu.

Gary telah memaklumkan hasrat untuk meninggalkan rancangan itu sejak awal tahun lalu tetapi pada masa sama, kru produski serta rakan lain cuba membuatkan dia menukar fikiran, namun cubaan mereka tidak berjaya apabila Gary tetap mahu mengundurkan diri.

Terkini, salah seorang pelawak tempatan iaitu Amir Raja Lawak dikatakan telah diminta untuk menggantikan tempat Gary itu. Menerusi laman sosial Amir telah diusik oleh peminat dengan meninggalkan komen-komen di media sosial memberi cadangan Amir untuk menggantikan tempat Gary dalam rancangan RM itu.

Menurut Amir, dia tahu tentang usikan dari peminat itu di laman media sosial. Tetapi, dia tidak mengambil serius dan menganggap komen peminat itu sebagai satu guruaun.

“Running Man merupakan satu program yang sangat popular, tapi saya tidaklah tengok semua episodnya.

“Tapi tidak sangka pula netizen usik saya sehingga suruh sertai Running Man dan gantikan Gary.

“Sebenarnya saya okay dan tidak kisah pun, bagi saya selagi nama disebut maknanya saya masih lagi diingati.

“Saya berada ditahap ini pun hasil komen-komen dan sokongan mereka. Lebih baik nama disebut daripada tidak.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya adalah juga orang yang ingat saya. Kalau tidak disebut pun nanti orang kata nama saya tenggelam pula,” katanya.

Namun begitu, ada pihak yang merasakan komen peminat itu dibuat untuk menyindir pelawak itu. Amir sering kali dikritik sebagai seorang pelawak yang tidak ada bakat untuk membuat lawak. Setiap lawak yang dibuat oleh Amir selalunya tidak membuatkan penonton ketawa. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *