Azmin menipu, Najib nafi ada Menteri Kanan yang letak jawatan.

10/02/2017 – Didalam satu ‘tweet’ terbaru Menteri Besar Selangor, Dato’ Mohamed Azmin Ali, beliau mempersoalkan siapakah menteri kanan yang telah meletak jawatan kerana enggan bersubahat dengan 1MDB.

“Benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB. Cuba ikuti perkembangan.” tulis beliau.

Tweet tersebut turut dipetik oleh portal berita tempatan. Pertanyaan wartawan kepada beberapa orang menteri-menteri kerajaan, juga tidak membuahkan hasil kerana masing-masing enggan membuat ulasan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri melalui laman sosial Facebook beliau telah menafikan berita yang disebarkan oleh pemimpin pembangkang tersebut.

Najib turut menyifatkan Azmin sengaja menyebarkan penipuan kepada orang ramai kerana tidak menyebut nama Menteri Kanan yang didakwanya itu. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *