Barcelona Sebuah Pasukan Yang Hipokrit – Dani Alves

Dani Alves telah memberitahu sebab mengapa beliau memilih untuk meninggalkan pasukan Barcelona pada awal musim 2016/17 ini. Alves mengaku bahawa ada seseorang di kelab tersebut yang sudah tidak mahu menggunakan khidmatnya di dalam pasukan tersebut.

Pemain pertahanan kanan yang berusia 33 tahun itu mengatakan Barcelona adalah sebuah kelab yang tidak tahu cara berterima kasih kepada bekas pemain mereka.

Alves berpindah ke Juventus setelah memilih untuk tidak menyambung kontraknya bersama Barcelona. Ramai peminat pasukan tersebut yang kecewa dengan keputusan Alves tersebut.

“Saya senang jika merasakan khidmat saya masih diperlukan disana, tetapi ada seseorang di kelab tersebut yang sudah tidak mahukan saya lalu kerana itu saya telah membuat keputusan untuk melangkah keluar dari kelab tersebut,” terang Alves ketika temuramah bersama stesen ABC.

Alves mengaku bahawa dirinya masih lagi mahu bermain bersama Barcelona. Namun pihak pengurusan pasukan tersebut seperti tidak berminat dengan khidmatnya lagi. Pemain yang berasal dari negara Brazil ini mengaku yang beliau langsung tidak menyesal dengan keputusannya itu.

Beliau merasakan keputusannya meninggalkan Barcelona adalah satu keputusan yang tepat. Ini kerana Alves melihat pihak pengurusan kelab seperti tidak pernah menghargai jasa yang beliau pernah lakukan terhadap pasukan tersebut.

“Dalam tiga musim terakhir saya disana, saya selalu mendengar khabar angin yang mengatakan ‘Dani Alves akan berpindah.”

“Mereka sangat hipokrit dan tidak tahu berterma kasih. Mereka langsung tidak menghormati saya.” kata bekas pemain Sevilla tersebut. (abc/asa)

One thought on “Barcelona Sebuah Pasukan Yang Hipokrit – Dani Alves

  • 21/02/2017 at 2:43 pm
    Permalink

    lantak kau lah naik main bola dengan pasukan mana.. dah tua pandai-pandailah bersara.. jadi jurulatih ke kerja benda lain ke.. begitulah putaran roda dalam karier bola sepak.. muda-muda orang mau la woi.. aktif cergas bertenaga.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *