Budak lima tahun mati selepas didenda Bapa Tiri

PERANCIS – Seorang kanak-kanak lima tahun ditemui mati selepas didakwa didenda dengan berlari beberapa kilometer di tengah malam dengan memakai seluar dalam oleh bapa tirinya kerana kencing atas tilam.

Kanak-kanak malang yang dikenali sebagai Yanis ditemui mati dengan hanya memakai seluar dalam selepas mengalami serangan jantung berhampiran tepi terusan di Aire-sur-la-Lys, utara Perancis.

Dia dikatakan berlari sepanjang terusan itu beberapa kilometer dengan hanya memakai seluar dalam dan stokin.

Bapa tirinya itu dilaporkan mengikutnya dari belakang, berkemungkinan dengan menaiki basikal.

Pendakwa raya Saint Omer, Patrick Leleu berkata, ia adalah hukuman terhadap mangsa kerana kencing di atas tilam.

Pendakwa raya berkata, kanak-kanak itu dipaksa berlari beberapa kilometer di sepanjang terusan La Lys.

Semasa larian itu, kanak-kanak itu terjatuh sekurang-kurangnya dua kali dan kemudian ditemui tidak sedarkan diri di tepi terusan.

Bapa tirinya memanggil perkhidmatan kecemasan selepas kanak-kanak berkenaan pengsan.

Susulan kejadian, ibu mangsa, 22 tahun dan bapa tirinya, 30, ditahan kerana disyaki melakukan serangan sehingga menyebabkan kematian tanpa niat membunuh, menurut akhbar La Voix du Nord

Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kematiannya.

Sementara itu, memetik laporan di media Perancis, kanak-kanak itu mengalami trauma kepala dan patah hidung.

Polis sedang menjalankan siasatan bagi memastikan beberapa kecederaan yang dialami mangsa adalah ketika malam kematiannya atau dalam insiden lain sebelum ini. – Mirror.co.uk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *