Buku 99 kata-kata Fattah Amin Habis Dijual Dalam 10 Hari

22/02/2017 – Disebalik kritikan dan juga kecaman dari netizen dan juga artis terhadap buku Fattah Amin, nampaknya perkara itu membuatkan buku Fattah iaitu 99 Kata-Kata Fattah Amin menjadi sebuah buku yang popular . Malah, naskah itu habis dijual dalam hanya 10 hari.

Hampir 5,000 naskah cetakan pertama dikeluarkan Fattah telah berjaya habis dijual tidak sampai 10 hari. Perkembangan ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan apabila buku yang dihasilkan oleh seorang selebriti boleh mendapat sambutan hebat seperti ini.

Pihak MPH Book Store telah memohon membuat tempahan kedua buku Fattah kerana buku itu dilihat masih lagi mendapat sambutan peminat dan peminat masih lagi menanti-nantikan cetakan kedua buku pelakon itu.

Malah, buku itu juga telah diletakkan di carta ‘best seller’. Fattah mengakui bersyukur dengan kejayaan bukunya itu dan berterima kasih pada peminat yang sentiasa menyokongnya.

Terdahulu, pelakon Sharnaaz Ahmad telah memuatnaik tweet seperti menyindir Fattah dan mempersoal kredebilitinya sehingga boleh menjadi seorang penulis buku.

Buku itu juga telah menjadi bahan troll oleh netizen di media sosial. Antara petikan buku itu yang menjadi bahan lawak netizen adalah.

“Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking Valet. Ternyata kini telah termakbul hahh…. kelakar kan”. –MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *