Calon Perdana Menteri Berikrar akan Haramkan Masjid dan Quran

AMSTERDAM: Tokoh politik berhaluan kanan Belanda, Geert Wilders, berjanji membebaskan Belanda daripada pengaruh Islam selepas mendahului dalam tinjauan pendapat di negara itu

Dalam temubual 40 minit dengan stesen penyiar WNL, Wilders, yang digelar ‘Trump Belanda’ turut membandingkan masjid dengan kuil Nazi dan al-Quran dengan Mein Kampf, autobiografi yang ditulis pemimpin Nazi, Adolf Hitler

Wilders jarang mengadakan temubual secara mendalam dengan media negara itu sebaliknya cenderung menyatakan pandangan kontroversi menerusi Twitter

Populariti Wilders meningkat dalam tinjauan pendapat selepas disabitkan dengan jenayah benci

Namun dalam masa lima minggu sebelum pilihan raya, Wilders semakin rancak berkempen

Satu video baru menunjukkan beliau berhasrat mencontohi perubahan dibawa kemenangan Presiden Donald Trump

Slogannya adalah ‘Menjadikan Belanda milik kita semula’, membebaskan negara itu daripada pengaruh Islam dan menutup sempadan kepada pendatang

Dalam temubual itu, beliau menjelaskan cara mencapai matlamat, walaupun sebahagiannya bertentangan dengan Perlembagaan Belanda berhubung kebebasan beragama

Ditanya bagaimana mengharamkan al-Quran akan berjaya, Wilders membandingkan ia dengan tindakan kerajaan mengharamkan Mein Kampf

Wilders juga mengulangi pendirian bahawa masjid perlu ditutup dan akan melakukannya dengan menarik balik lesen rumah ibadat itu, bukan menutup secara paksa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *