Donald Trump mahu jalinkan hubungan rapat dengan China.

BEIJING: China menyatakan ia menganggap penting hubungannya dengan Amerika Syarikat.

Semasa taklimat media hariannya, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang mengesahkan bahawa Presiden Amerika, Donald Trump mengutus surat kepada Presiden Xi Jinping.

Dalam suratnya itu, Presiden Trump berkata beliau mahu bekerjasama dengan Presiden Xi “untuk membangunkan satu hubungan membina” yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Encik Trump juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden Xi atas ucap selamat kepada beliau kerana menjadi Presiden Amerika.

Presiden Trump turut menyuarakan harapannya semoga rakyat China makmur dalam Tahun Baru Ayam Jantan sekarang.

Hubungan Amerika dengan China semakin tegang sejak beberapa minggu lalu berikutan kenyataan-kenyataan Presiden Trump mengenai Taiwan, dasar satu China dan perdagangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *