Fattah Amin Tak Kisah Dikecam Janji Dapat Cari Rezeki Halal

14/02/2017 – Pelakon dan penyanyi Fattah Amin menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara buku keluarannya bertajuk ‘Buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin telah dikritik netizen.

Bukan sahaja menjadi mangsa kritikan oleh netizen malah pelakon Sharnaaz Ahmad juga telah memuatnaik tweet di Twitter dilihat mengkritik Fattah. Netizen merasakan buku yang dihasilkan Fattah itu hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata.

Setelah lama berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan setelah dikritik netizen. Fattah telah tampil membuka mulut.

“Tak apalah buat buku ini salah satu usaha saya untuk mencari rezeki. Rezeki halal Alhamdulillah,” tulisnya.

Walaupun sudah tampil membuka mulut soal menghasilkan bukunya itu yang dijual pada harga RM58, Fattah masih lagi menerima kritikan netizen.

“Memang orang tak paksa beli buku itu, tapi apa sangat pencapaian dia dalam Malaysia ini sehinggakan dia nak buat buku? Berlakon pun baru beberapa drama dah nak keluarkan buku. Sedangkan pelakon-pelakon yang dah mencapai tahap ‘otai’ tak ada pula nak buat buku,” komen pengguna media sosial.

Terdahulu, penyanyi Hafiz Hamidun juga pernah dikecam kena menghasilkan buku. Rata-rata netizen mengecam buku yang dihasilkan Hafiz dikatakan ‘syok sendiri’ kerana dipenuhi dengan gambar-gambar selfie. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *