Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 Bikin Peminat Menangis

Selepas ditayangkan pada 16 Februari lalu, Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD 2) berjaya menyentuh perasaan penonton dan kebanyakannya mengaku menangis gara-gara filem ini.

Menerusi media sosial, penonton SYTD 2 telah berkongsi perasaan sebak mereka dan memuji jalan cerita filem tersebut.

Mereka turut memberi komen SYTD 2 merupakan sebuah filem yang berbaloi ditonton, malah ada juga yang telah menontonnya lebih daripada satu kali.

Lebih dasyat lagi, apabila mereka turut menasihatkan supaya penonton membawa tisu sebelum ke pawagam.

SYTD 2 dibarisi pelakon hebat daripada Indonesia, iaitu Feri Nuril (Prasetya), Raline Shah (Meirose), Reza Rahadian (Doktor Syarief) serta pelakon terkenal Malaysia, Nora Danish (Sheila).

 

Filem SYTD2 mengisahkan tentang sepasang suami isteri Pras (Fedi) dan Arini (Bella) kembali meneruskan kehidupan bersama puteri mereka, Nadia (Sandrina) setelah isteri kedua Meirose (Raline) membawa diri.

Arini mendapat undangan ke Budapest, Hungaria untuk mempromosikan bukunya. Tanpa diduga, takdir menemukan mereka sekeluarga bersama Meirose dan anaknya Akhbar (Keefe). Pemergian Meirose bersama Akhbar dahulu adalah untuk mula hidup baru demi melupakan masa lampau yang hampir menghancurkan rumahtangga Arini.

Meskipun Meirose masih menyanjung dan menyintai Pras, tetapi dia tekad untuk diceraikan. Namun, pertemuan semula dengan Arini membuatkan dia berbelah bahagi kerana wanita mulia itu mengharapkan Meirose kembali ke pangkuan Pras.

Malah, kehadiran Doktor Syarief (Reza) dalam hidup Meirose turut menimbulkan tanda tanya. Apakah kesudahan kisah mereka? Sejuta pertanyaan dan kejutan akan mewarnai SYTD2. – ag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *