Gerakan desak kerajaan DAP Pulau Pinang selesai 10 masalah besar

14/2/2017– Susulan pelbagai masalah yang membebankan penduduk negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Kerajaan DAP, Parti Gerakan negeri hari ini menyerahkan memorandum bagi menggesa Kerajaan DAP Pulau Pinang menyelesaikan pelbagai masalah yang membebankan pendudukan negeri ini.

Penyerahan memorandum itu disertai 10 ahli Gerakan negeri sambil memegang sepanduk dan poster ‘Sayang Pulau Pinang’ dan ‘Selamatkan Pulau Pinang’.

Memorandum itu diserahkan Naib Pengerusi Gerakan negeri, Oh Toh Keong kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul.

Toh Keong menegaskan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu menyelesaikan beban rakyat dengan segera sebagai membuktikan pendiriannya yang kononnya sayangkan negeri ini.

“Kami tahu beliau selalu buat sidang akhbar mencanangkan banyak perkara tetapi nasib penduduk negeri ini sehingga kini banyak yang tidak terbela,” katanya.

Baru-baru ini, Kerajaan DAP menimbulkan kemarahan Persatuan Nelayan Tanjung Tokong tentang kemusnahan kawasan paya bakau di Bagan Jermal yang didakwa berpunca daripada aktiviti penebangan bakau dan penambakan laut.

Sehubungan itu, Persatuan Nelayan Tanjung Tokong menggesa Kerajaan DAP Pulau Pinang tampil memberi penjelasan kemusnahan tersebut.

Ini ekoran kerajaan negeri dilihat begitu mudah membenarkan pemaju projek berkenaan ‘meratah’ kawasan paya bakau berkenaan yang penting kepada ekosistem di kawasan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *