Hadi Awang bukan pemimpin yang mulia – Zaid Ibrahim.

19/02/17: Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang digelar sebagai “katak” kerana sering lompat parti mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang bukanlah seorang pemimpin yang mulia.

Bukan itu sahaja, Zaid juga menganggap Hadi bukanlah seorang pemimpin Islam yang layak untuk mengusulkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Kononnya, Hadi ni bukanlah seorang yang mulia dan berintegriti… Kerana itulah dia tak layak untuk melaksanakan undang-undang Islam. Habis tu siapa yang layak untuk meminda undang-undang Islam?? Adakah boss baru Zaid yakni Lim Kit Siang??

Zaid menghina dan memperlekehkan presiden PAS tersebut di hadapam kira-kira 200 orang yang menghadiri himpunan balas anjuran sekumpulan aktivis dikenali sebagai Bebas bagi membantah RUU 355 yang dibawakan Hadi untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Baru je sertai DAP minggu lalu tapi hari ni dah pandai nak hina orang… Bagus betul DAP ni ajar orang Islam yang sesat macam Zaid ni untuk menjadi ‘anjing’ dorang dan menghina agama Islam.

Katanya ada banyak kelemahan dalam sistem Mahkamah Syariah dan masih belum cekap menguruskan sistem sedia ada. Haaaa… Disebabkan ada banyak kelemahan la dorang nak menaiktarafkannya.

Bukan itu sahaja, Zaid yang kononnya memperjuangkan Islam ni pandai pula nek sekolahkan pemimpin PAS agar berjuanglah demi keadilan sekiranya dorang tu benar-benar ahli Parlimen beragama Islam dan seorang umat Islam.

Malah dia menuduh bahawa PAS mahu melaksanakan RUU 355 semata-mata demi kepentingan politik kerana parti Islam itu sudah kehilangan populariti di Kelantan. Fuhhhh dahsyat betul, Zaid kini saling tak tumpah macam ahli DAP yang sudah lama bersama parti tersebut.

Mungkin Zaid ni tak mahu lihat agama Islam dan undang-undang Islam terus diperkasakan… Boleh jadi penolakan Zaid ini kerana mahu memberi ruang kepada pemimpin bukan Islam terus bermaharaja lela dan menindas umat Islam.-TiraGomez/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *