Hancur hati suami tangkap isteri tak bercoli bersama lelaki lain ketika pulang dari Mekah..

Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan separuh bogel, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anakApabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”Nauzubillah. Semoga perkara ini tidak berlaku kepada kita mahupun ahli keluarga kita sendiri dan kisah benar ini menjadi pengajaran buat semua.

25 thoughts on “Hancur hati suami tangkap isteri tak bercoli bersama lelaki lain ketika pulang dari Mekah..

  • March 1, 2017 at 2:41 pm
    Permalink

    Lebih sakit bila keluarga mertua menyifatkan si suami tetlalu cemburu… masyaallah….besar dugaan mu… ade yg lebih malang bila ibu mertua bersekongkol dgn hubungan terlarang ank nye.

    Reply
  • March 1, 2017 at 7:31 pm
    Permalink

    Kuasa allah, allah maha mengetahui,spandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh jga ke tanah,jgn ingat ppuan yg btudung lbuh n solat 5 waktu itu baik dn jgn ingat ppuan yg x bertudung itu jhat,cerita ni telah terbukti kan.

    Reply
    • March 2, 2017 at 3:40 pm
      Permalink

      Jgn cakap mcm tu…x baik…x semua pompuan mcm tu…hanye segelintir je sekadar menutup mate org sekeliling…lebih besar dosa seorang perempuan yg tidak bertudung…wallahualam…

      Reply
    • March 7, 2017 at 12:05 am
      Permalink

      sedikit tambahan untuk saudara..
      kalau perempuan yang memakai tudung labuh dan kuat beragama pun boleh terjerumus dalam dosa inikan pula wanita yang tidak memakai tudung dan agama di abaikan.. nauzubillahiminzalik
      memang ada yang memakai tudung jahat tapi peratus wanita yang tak bertudung jahat jauh lebih tinggi..^_^V

      Reply
      • March 8, 2017 at 2:23 pm
        Permalink

        Ko berfikir guna kepala otak ker. . atau guna kepala lutut? Apa kejadah ko nak merendah-rendah kan perempuan yg tak pakai tudung? “memang ada yang memakai tudung jahat tapi peratus wanita yang tak bertudung jahat jauh lebih tinggi.” Statement bengap apa ko guna ni, hasil kajian apa yg ckp peratusan perempuan x bertudung jahat lagi ramai? Tudung tu pakaian saja, xder kena mengenan dgn sikap, peribadi perempuan tu.. kalau dia mmg org yg bertanggungjawab, setia, amanah, x hipokrit.. Dia bleh pakai bikini pun, tapi dia tetap setia, amanah , x curang. Tolong simpan bodoh ko tu skit kat rumah & please jgn membiak. Malaysia x perlu ramai orang bodoh mcm ko!

        Reply
        • March 9, 2017 at 9:48 am
          Permalink

          xcukup jahat ke bila kita menidakkn suruhan(menutup aurat) Allah? renung2kn lah wahai sahabat

          Reply
  • March 1, 2017 at 8:06 pm
    Permalink

    Tabahkan hatimu sahabat… allah bersamamu 😃

    Reply
  • March 1, 2017 at 10:03 pm
    Permalink

    Tabahkan hati…kena buat ujian darah juga anak tu mcm kes yg sebelum ini.
    Cari yg lain dan bukan semua wanita semurah itu dan sudah semestinya datang dari keluarga dan keturunan yg tidak baik aklaknya.

    Reply
    • March 3, 2017 at 10:15 am
      Permalink

      Yess,,jika berasa ragu ujian itu harus dilakukan…jika anak perempuan yg bakal mewalikannya adalah bapa…jgn ada kesilapan disitu satu hari ini….
      ~keadaan yg hmpir serupa dgn apa yg telah dialami~

      Reply
  • March 2, 2017 at 5:13 am
    Permalink

    This is only one side of the story.

    Reply
    • March 2, 2017 at 12:18 pm
      Permalink

      yup…suppose to tell both side story… ada sebab kenapa jadi macam tu…Allah nak duga kedua-duanya…

      Reply
  • March 2, 2017 at 10:40 am
    Permalink

    Doa insan yg teraniaya selalu nya dimakbukan. Banyak petunjuk di beri kan. Allah Maha Besar.

    Reply
  • March 2, 2017 at 11:49 am
    Permalink

    Ape yg pliknye. Dah jelas2 isteri dy curang . Tp kluarga bini dy tetap nk backup . Hmm manusia2

    Reply
  • March 2, 2017 at 12:59 pm
    Permalink

    Btol ape lelaki ni buat. Ceraikn sj. Truk perangai bini. Tapiiiii……..Klau jd kt lelaki.. “Abg mintak maaf. Xbuat lg”. Lalu istri mudah2 maaf sbb pikir ” anak”. Istri seksa diri sndiri “demi anak” xnk jadi “janda”.

    Tak adil kan?

    Reply
    • March 2, 2017 at 8:12 pm
      Permalink

      konsep adil bkn mcm tu,, kalo trjadi pd suami,dia blh kawin lg tanpa ceraikn isterinya,wlpun zina tu tetap dosa,,,

      Reply
  • March 2, 2017 at 4:36 pm
    Permalink

    Patut bawaklah isteri gi umrah sama-sama

    Reply
    • March 8, 2017 at 3:17 pm
      Permalink

      Ade cerita d sebalik cerita,sy org yg bwk ke balai polis

      Reply
  • March 2, 2017 at 9:07 pm
    Permalink

    Pengalaman yg hampir serupa. Percayalah bila kita jujur , ikhlas dan sabar Allah akan tunjukkan pada kita. Sesungguhnya apa yg terjadi ada hikmah disebaliknya.Reda walaupun berat kerana kehidupan perlu diteruskan. In Sha Allah pasti ada yang terbaik dari NYA…

    Reply
  • March 2, 2017 at 9:26 pm
    Permalink

    this is why i’ll never want to marry..sy pernah mengalami situasi yg lebih kurang sebegini..cuma she is not my wife..only kekasih hati yg menyakitkan hati..

    Reply
  • March 3, 2017 at 10:09 am
    Permalink

    Yang pernah mengalami je tau mcm mana perasaannya..kite hampir serupa…bertabah lah….

    Reply
  • March 3, 2017 at 11:37 am
    Permalink

    Sabar dan kuatkan iman..biarlah Allah yang menentukan mereka di akhirat kelak..Allah Maha Mengetahui segala-galanya…

    Reply
  • March 9, 2017 at 11:18 pm
    Permalink

    sabarlh….sy pun mnglmi nsib yg sma…cuma bks suami yg curg dtn kwn sndri….mnjlnkn hbngn slm 7 thn dn sy d mdukn….. ibunya msh mngtakn ank baik…akhirnya mngku juga brkhwn 2….sy akhirnya d ceraikn stlh 3 kli bri pluang….akhirnya brpsh jg…..lgi sdh… ank sy d ambl…….wlapun mnta kmbli tpi hti ini sdh ckup trluka….

    Reply
  • March 10, 2017 at 1:26 pm
    Permalink

    babi betul yg lelaki tu. sdp2 je baham bini org. kalau aku la, aku liwat dubur dia, pastu tnya amacam best tak kotey i masuk dubur u?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *