Hukuman penjara jika memandu sambil pegang Payudara di Jepun.

Jepun merupakan salah satu negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang paling rendah di dunia kerana sikap pemanduan pengguna jalanraya yang sangat berhemah serta mematuhi peraturan lalu lintas.

Umumnya, pihak berkuasa di Jepun juga mengenakan hukuman keras terhadap kesalahan seperti memandu dalam keadaan mabuk, memandu laju, dan penggunaan telefon bimbit sewaktu memandu.

Malah memegang payudara seorang penumpang semasa memandu juga dianggap bersalah dan boleh dimasukkan ke dalam penjara, sepertimana yang dilaporkan oleh RocketNews24.

Walaupun tidak jelas mengapa ia dianggap kesalahan ketika memandu namun tindakan seperti itu boleh dianggap sebagai melanggar peraturan-peraturan jalanraya.

Menurut “Artikel 70 Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan, Selamat Pematuhan Memandu” di Jepun menyatakan bahawa stereng, brek, dan alat kawalan lain mesti selamat dan dikendalikan dengan betul.

Kenderaan haruslah dipandu dalam cara dan pada kelajuan yang tidak menimbulkan risiko kepada orang lain. ”

Dalam kes ini menyentuh atau memegang payudara seorang wanita dengan satu tangan semasa memandu akan menjadi kesalahan berat dan boleh dikenakan hukuman..

Ia juga menjelaskan bahawa melanggar akta ini akan dikenakan denda sebanyak ¥9000 atau RM354 atau hukuman penjara tiga bulan jika disabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *