Isteri Sunti Merana Suami Kerap Kencing Tilam

03/02/2017 –Kencing dalam tidur pada waktu malam atau lebih dikenali sebagai ‘kencing malam’ adalah satu masalah yang besar terutamanya jika berlaku pada orang dewasa.

Tetapi, ramai yang tidak mengetahui masalah ini biasa berlaku kepada orang dewasa. Rata-rata individu yang mengalami masalah ini tidak mendapatkan rawatan dan hanya mengambil keputusan berdiam diri, antara alasannya kerana malu.

Seorang wanita yang juga sudah bergelar isteri selama 4 tahun bersama suaminya merana apabila suaminya kerap kencing malam. Pasangan ini telah berkahwin hampir empat tahun dan belum dikurniakan anak.

Masalah suami kencing malam sudah lama sejak masih bujang, tetapi perkara ini hanya diketahui oleh isteri apabila berkahwin dengan suami. Pada suatu malam isteri rasa katil basah dah bau hancing, bila bertanya pada suami adakah dia kencing, suaminya mengaku ‘kencing malam’.

“Suami aku tak pernah bagi tahu pasal masalah ini sampai la satu hari aku terasa tiba-tiba katil basah dan bau hancing. Aku tanya dia kencing ke, dia jawab ‘YE”.Suami aku boleh tidur dalam keadaan dia kencing atas katil yang basah dan bau hancing. Masa aku dapat tahu tu rasa macam nak menangis kenapa aku dapat suami macam ini.

“Pagi tu aku tanya kenapa tak bangun pergi tandas nak kencing, kenapa nak kencing atas tilam. Dia cakap dia tak sedar pon terkencing atas tilam. Dari situ aku rasa dia ada masalah pelawasan kencing. Tapi, takkan kau tak ada hidung boleh bau hancing dan rasa tilam tu basah?,” tulisnya.

Masalah ini semakin berlarutan sampaikan seminggu sahaja hampir dua kali suaminya akan kencing malam. Tilam, bantal dan selimut memang habis berbau hancing.

Tidak tahan lagi untuk tidur dalam keadaan basah dan berbau hancing, isteri mengambil keputusan untuk tidur di luar bilik depan ruang tamu. Beli botol wangian untuk menghilangkan bau hancing pun hanya bertahan seminggu.

Malah, ‘mood’ isteri untuk tidur pun telah terjejas sebabkan masalah suami ini, sampai sudah tidak ada ‘selera’ mahu masuk bilik tidur kerana bau hancing dalam bilik itu.

“Kadang bila keluarga datang segan sangat nak bagi tumpang tidur katil atau bilik kita orang. Sebab takut bau hancing walaupun bilik aku ada pewangi bilik.

“Pernah sekali mak aku tegur, macam ada bau kencing tapi tak tahu dekat mana. Mak aku cakap takut kucing atau tikus kencing. Aku macam nak cerita dekat mak aku perkara sebenar tapi tak sanggup takut aibkan suami sendri,” ujarnya.

Isteri cuba mencari jalan menyelesaian tetapi masih tidak jumpa. Isteri minta orang ramai untuk membantu masalah suami ‘kencing malam’ ini.

‘Kencing malam’ ini boleh dirawat jika individu itu sendiri tidak malu untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Jumpa pakar yang berkaitan masalah ini, pakar akan cuba menyelesaikan.

Walaupun sesetengah pihak merasakan ‘kencing malam’ ini hanya hal kecil, tetapi boleh membuatkan pasangan anda merana dan menjadi punca perceraian. –MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *