Izara Aishah Berang Bakat Lakonan Dipertikai

16/02/2017 – Pelakon Izara Aishah memang sering kali terpalit dengan kontroversi berpakaian seksi. Izara sering dikritik tampil berpakaian seksi untuk menarik perhatian peminat.

Walaupun sudah beberapa tahun terlibat dalam industri seni, kontroversi yang melanda Izara sering kali menaikkan nama Izara. Disebabkan perkara itu ada sesetengah pihak mempertikaikan bakat lakonan Izara. Izara popular hanya kerana kontroversi dan bukan bakat lakonan.

Malah, ada pihak merasakan Izara popular hanya kerana bersandarkan pada wajah yang cantik. Dikritik seperti itu Izara agak berang dengan individu yang mempertikaikan bakat lakonannya.

“Saya tak suka orang memperkecilkan bakat yang ada dan menyangka saya masuk dunia seni sebab mahu mengejar glamor serta populariti. Saya benci dan geram orang cakap saya tiada bakat dan hanya bersandarkan wajah cantik. Saya bekerja keras untuk menjadi pelakon yang bagus.

“Saya berterima kasih atas bonus yang diberikan pihak media untuk publisiti meluas. Wajah yang cantik juga satu bonus. Selebihnya saya sentiasa berusaha keras menjadi pelakon yang bagus,” katanya.

Izara menafikan bakat lakonannya tidak berkualiti kerana dia sering kali mendapat banyak karakter yang mencabar kredibiliti lakonan. Antaranya Izaara pernah membawa watak psiko dalam sebuah drama.

Sementara itu, pelakon Fattah Amin juga pernah dikritik sebagai pelakon kayu di awal kemunculannya dalam industri seni. Kini Fattah telah menjadi pelakon popular di kalangan peminatnya dan bakat lakonan juga sudah mula dipuji. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *