Izreen Azminda Tak Kisah Berkahwin Dengan Suami Orang

16/02/2017 – Pelakon Izreen Azminda sudah hampir dua tahun bergelar janda. Sepanjang dua tahun bergelar janda Izreen sering terpalit kontroversi bercinta dengan beberapa orang pelakon lelaki tempatan.

Tetapi, cinta yang tejalin tidak berpanjangan kerana telah terputus di tengah jalan. Namun begitu, Izreen mengakui dirinya masih lagi mahu bergelar isteri semula dan bersedia untuk berumah tangga.

Malah, Izreen juga mendedahkan sedang mengenali hati budi seorang lelaki. Tetapi, tidak mahu bercerita lanjut tentang lelaki itu. Apabila hubungan yang terjalin sudah serius baru Izreen akan membuka mulut.

Lelaki itu bukan dari industri seni tetapi lelaki itu hanya orang biasa yang mempunyai kerjaya. Ada beberapa perkara yang telah dilakukan lelaki itu membuatkan Izreen teruja untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

Izreen juga mendedahkan dirinya tidak menolak jika sudah ditakdirnya jodohnya bersama lelaki yang berstatus suami orang.

“Saya tak tolak jodoh saya dengan sesiapa pun, kalau dia mampu jaga saya okay lah.

“Tak menjadi masalah untuk terima suami orang sebagai jodoh. Kahwin dengan orang bujang pun bukan jaminan kebahagiaan,” ujarnya.

Terdahulu, Izreen pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Riza Baharuddin pada tahun 2012. Mereka telah bercerai pada tahun 2014 dan hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang berusia 4 tahun. -MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *