Jamal hanya mahu penjelasan Azmin, bukan publisiti.

16/02/17: Datuk Seri Jamal Md Yunos yang sering mencetuskan kontroversi dan melakukan gimik di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam, ternyata bukanlah untuk mencari publisiti atau populariti.

Sebaliknya ujar Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, gimik-gimik yang dilakukan Jamal adalah bagi menuntut keadilan dan penjelasan dari Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Baru-baru ini Jamal muncul lagi di hadapan pejabat SUK sebagai seorang yang menyerupai “penggali kubur” bersama-sama dengan 15 van jenazah, keranda dan cangkul.

Tujuannya hanya satu iaitu mahu menuntut penjelasan dari Azmin berhubung dakwaan penyelewengan dana peruntukan Skim Mesra Usia Emas dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor.

Kerana itulah Jamal membawa keranda bersamanya sebagai peringatan bahawa keranda itu sesuai dengan skim kerajaan negeri untuk bagi orang meninggal. Noh berkata demikian sebagai mengulas tindakan Jamal pada Isnin yang membawa keranda di hadapan pintu masuk SUK, Shah Alam.

Semalam, pemuda PKR mengecam tindakan Jamal yang membawa keranda dan van jenazah ke bangunan SUK Selangor. Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin berkata kononnya tindakan Jamal itu telah menimbulkan masalah dalam beberapa urusan jenazah.

Gimik yang dilakukan Jamal tersebut menimbulkan rasa panas hati Dr Aliff sehingga dia menuntut agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Selangor dan Azmin.

Kononnya Jamal ni amalkan politik biadap dan tak matang… Langsung tidak menggambarkan ciri dan budaya Islam dan Melayu. Ehhh nak minta penjelasan Azmin pun dituduh biadap ke?? Rasanya elok lagi daripada lakukan pengelewengan dana di Selangor.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *