Jangan Jadi Isteri Derhaka… – Pesan Suami

21/02/2017 – Suami adalah ketua keluarga dalam rumah tangga, isteri perlu taat dan setia pada kata-kata suami selagi tidak melanggar hukum agama. Tetapi, itu tidak menjadikan suami boleh memperlakukan isteri seperti orang gaji hanya mengikut segala arahan yang diberikan oleh suami. Hidup berumah tangga perlu bertolak ansur.

Menerusi perkongsian wanita ini, dia merasakan sering diperlakukan seperti ‘robot’ oleh suaminya segala tingkah lakunya akan selalu diarah oleh suami.

Mereka telah berkahwin hampir setahun setengah. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata kecil. Tetapi, suami sering kali menggunakan alasan dia sebagai ketua keluarga untuk isterinya patuh pada arahan suami.

“Saya dan suami sudah hampir setahun setengah mendirikan rumah tangga. Kami ada seorang anak yang masih kecil,saya bukan mahu mencari salah suami. Tetapi semua keputusan semua perlu ikut cakap dia dengan alasan dia adalah suami dan isteri patut dengar cakap dia.

“Kadang-kadang saya rasa stress dengan dia. Iyelah, bila saya berbincang nak beli apa-apa barang untuk menghias rumah guna duit saya dia terus cakap tidak boleh.

“Apa benda yang saya minta tidak bercanggah dengan hukum agama dan tanggungjawab saya sebagai isteri. Apabila saya merajuk dia suruh saya duduk sebelah saya ikut duduk sebelah dia, dia suruh saya bangun, saya bangun. Dia selalu cakap jangan jadi isteri derhaka,” tulisnya.

Wanita ini mendakwa dia agak sedikit cemburu apabila melihat rakan-rakannya boleh keluar berjalan kemana-mana sahaja. Tetapi dia tidak dapat keluar berjalan dan hanya boleh duduk di rumah, bila ajak suami selalu tidak dibenarkan keluar.

“Saya fikir mahu bekerja selepas ini, duduk di rumah seperti duduk dalam sangkar. Apa guna berbincang kalau semua pendapat saya ditolak mentah-mentah, saya rasa diri ibarat robot,” ujarnya.

Sementara itu, ada antara netizen merasakan isteri sebaiknya untuk taat pada suami selagi apa yang dilakukan suami itu tidak bercanggah dari sisi agama. Setiap suami pasti inginkan yang terbaik untuk isterinya dan anak-anaknya. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *