Jihan nafi dakwaan ‘membela’ suami.

23/02/2017 – Jihan Muse menjelaskan bahawa dirinya bukanlah seorang yang suka bermewah-mewah. Seterusnya menafikan dakwaan orang yang dia ‘membela’ suami.

“Setakat ini, Ungku Hariz mampu membela Jihan Muse dari segi zahir dan batin. Alhamdulillah.

“Kalau ada lebih, itu rezeki masing-masing,” katanya.

Pun begitu, pengacara program Gegar Vaganza ini mengakui tidak berkecil hati dengan spekulasi yang timbul.

“Itu apa yang orang lihat, terpulanglah pada pandangan masing-masing.

Janji, saya sebagai isteri tahu akan keadaan sebenar.

Selama ini pun apa yang saya mahukan, sentiasa dapat saja,” katanya yang bakal menyambut ulang tahun pertama pada 20 Mac ini.

Dalam perkembangan lain, Jihan bakal muncul dalam program berkonsepkan sitkom dan bual bicara, Jihan Show.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *