Kane Bantu Spurs Kutip Mata Penuh Berdepan Stoke

LONDON – Tottenham Hotspur naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Stoke City 4-0 pada aksi yang berlangsung di White Hart Lane, di sini, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Mauricio Pochettino kini mengumpul 53 mata selepas 26 perlawanan, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Chelsea.

Malam gemilang Spurs dibantu oleh persembahan cemerlang penyerang antarabangsa England, Harry Kane yang meledak hatrik pada separuh masa pertama.

Kane hanya memerlukan 14 minit untuk membuka tirai jaringan buat Spurs sebelum meledak dua lagi gol pada minit ke-32 dan 37.

Tidak cukup dengan itu, Kane turut membuktikan dirinya sebagai tonggak penting skuad itu selepas mengumpan bola untuk Dele Alli meledak gol keempat tuan rumah pada masa tambahan babak pertama.

Biarpun sudah mendahului empat gol, Spurs tetap mendominasi permainan di babak kedua namun beberapa percubaan ke arah pintu gol Stoke City tidak berhasil dan kedudukan 4-0 kekal hingga wisel penamat. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *