Kantoi Menipu, Lebih 2000 Orang Pelajar Perubatan Dilarang Untuk Menjadi Doktor

DELHI – Mahkamah Agung India menghalang ratusan pelajar daripada menjadi doktor selepas mereka ditangkap merasuah dan menipu dalam peperiksaan untuk kemasukan ke sekolah perubatan yang berprestij.

Kira-kira 630 pelajar dari tengah negeri Madhya Pradesh didapati telah menyalin jawapan, mempunyai proksi untuk menduduki peperiksaan mereka secara terang-terangan atau hanya membayar untuk masuk ke kolej perubatan terpilih di antara 2008 dan 2013.

Siasatan dalam kes yang dipanggil ‘skandal Vyapam’ dilakukan selepas lembaga kemasukan negeri mengesyorkan pembatalan pelajar daripada mengikuti pengajian perubatan.

Bagaimanapun, para pelajar berkenaan membuat rayuan di mahkamah.

Pelajar didapati telah memanipulasi gambar-gambar mereka supaya proksi boleh menduduki peperiksaan dengan memberi sogokan kepada pegawai-pegawai bertugas agar berdiam diri.

Mahkamah Agung kemudian memerintahkan pelajar-pelajar dimasukkan dalam tentera sebagai hukuman.

Lebih daripada 2,000 orang yang dikaitkan dengan skandal itu telah ditahan sejak 2013 hasil daripada siasatan negeri. – mg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *