Keburukan Selebriti Terlalu Mendedahkan Anak-Anak Pada Media

16/02/2017 – Astro memang antara stesen TV yang mendapat sambutan ramai orang. Stesen itu sering kali menyiarkan pelbagai rancangan-rancangan yang menarik untuk menarik minat penonton.

Terbaru, pihak Astro dilihat sering kali menyiarkan beberapa rancangan berkaitan dengan kehidupan anak-anak selebriti tempatan yang masih kecil.

Antara anak-anak selebriti tempatan yang sering mendapat perhatian netizen adalah Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana, Yusuf Iskandar dan ramai lagi.

Malah, Lara iaitu puteri sulung Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah mencipta sejarah kerana mempunyai program realiti sendiri dikenali sebagai ‘Lara Oh Lara’.

Program itu mengajikan perkembangan harian dan aktiviti Lara yang belum pernah dikongsikan di laman sosial.

Namun begitu, ada sesetengah pihak merasakan dengan mengadakan rancangan seperti ini kanak-kanak kecil itu akan terdedah pada banyak keburukan dari kebaikan.

Antaranya adalah ibu bapa seperti melanggar dan menafikan hak peribadi anak-anak tersebut. Anak-anak terlalu terdedah dengan rancangan seperti ini sehingga tidak mempunyai hak peribadinya sendiri dalam hidup.

Merosakkan pemikiran anak dan mengelirukan anak. Anak-anak tidak dapat memastikan realiti hidup sebenar apabila setiap tindak-tanduk seluruh keluarganya sentiasa di rakam dan disiarkan di kaca TV.

Isu pedofilia juga semakin membimbangkan. Penggunaan media sosial sebagai medium ‘komuniti’ untuk mencari mangsa kanak-kanak juga semakin membimbangkan. Dengan mendedahkan anak-anak selebriti pada rancangan ini akan membahayakan nyawa dan keselamatan mereka.

Lebih membimbangkan anak-anak ini akan terlalu di manjakan dengan publisiti sedangkan mereka masih di peringkat terlalu awal untuk menerima baik dan buruk. -MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *