Kehilangan wang dalam Forex : Kabinet perlu tubuh Suruhanjaya DiRaja.

Oleh Amin Yatim

1. Mesyuarat Kabinet esok perlu mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Di Raja menyiasat kerugian wang negara dalam “perjudian tukaran asing” 1993.

2. Suruhanjaya ini penting bagi menentukan berapakah kerugian sebenar Bank Negara Malaysia (BNM) dan mengapa bank pusat ini melakukan urusniaga tukaran asing secara robust dan besar-besaran.

3. Media asing ketika itu mendakwa BNM merupakan bank pusat paling aktif dalam pasaran tukaran asing.

4. Bagaimanakah sebuah negara sekecil Malaysia menjadi negara paling aktif membuat permainan berisiko dalam Forex sangat misteri.

5. Tambah misteri apabila sebelum ini kita dimaklumkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jumlah kerugian RM 9 bilion hanyalah kerugian atas kertas.

6. Sebenarnya tidak ada terma “kehilangan atas kertas” dalam permainan Forex seperti pasaran saham biasa. Dalam Bursa Saham kita ada kerugian atas kertas kerana nilai saham jatuh tapi jumlah saham tidak hilang. Namun dalam pasaran Matawang kerugian itu adalah kerugian sebenar tanpa kemungkinan mendapat semula pulangan.

7. Bank Negara telah menjalankan spekulasi matawang dengan menggunakan rizab wang bank negara, dengan kata lain memperjudikan kestabilan ekonomi negara dengan menggunakan rizab wang bank negara sehingga kerugian berpuluh billion ringgit dan menyebabkan krisis ekonomi terburuk negara dan beratus ribu orang hilang kerja.

8. Dalam masa yang sama bekas Naib Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Murad Khalid mendakwa jumlah kerugian sebenar jauh lebih banyak dari yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim iaitu sekitar RM 30 – 40 bilion

9. Atas sebab itu, kita mahu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat dan mencari punca kerugian terbesar ini.

10. Adakah terdapat individu dalam kerajaan yang membuat keuntungan melalui tindakan agresif BNM ini?

10. Ini bukan soal mahu menghukum sesiapa, namun sebagai sebuah negara yang mahu maju ke depan soal kerugian seperti ini harus dicari punca dan ditentukan kerugian sebenar bagi menjadi pedoman masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *