Kelab Long An Bakal Terima Hukuman Berat Daripada Badan Bola Sepak Vietnam

Penjaga gol Long An, Nguyen Minh Nhut dan juga seorang lagi rakan beliau, Huyng Quang dikenakan penggantungan 2 tahun oleh badan bola sepak Vietnam selepas protes mannequin.

Penjaga gol Long An dan rakan-rakannya membiarkan sahaja 3 gol daripada Ho Chi Minh termasuk 1 jaringan penalti.

Mereka berbuat demikian kerana membantah keputusan pengadil yang memberikan penalti kepada Ho Chi Minh.

Ketua jurulatih dan juga pengerusi Long An pula dikenakan penggantungan 3 tahun kerana seolah-olah merestui tindakan pemain-pemain mereka.

Sebelum ini telah tular di internet tentang aksi-aksi pemain Long An yang membiarkan sahaja gawang mereka dibolosi.

Kami juga ada berkongsi video tersebut di Bola TV.

Akibat “Mannequin Challenge” tersebut, pasukan Ho Chi Minh menang perlawanan ini dengan kedudukan 5-2 daripada kedudukan 2-2.

Long An didenda sekitar 160 juta dong ataupun $7,000 kerana telah berkelakuan tidak menghormati keputusan pengadil.

Kelakuan mereka dianggap memalukan, merosakkan imej bola sepak Vietnam dan juga mencemarkan prestij pertandingan anjuran Konfederasi Bola Sepak Vietnam.

Menteri Sukan Vietnam turut mengutuk tindakan tidak matang itu di televisyen dan juga di dalam kenyataan rasmi kementerian beliau. Beliau berkata:

“Salah laku ini telah mencemar peraturan pertandingan dan dikira satu tindakan tidak ada semangat kesukanan dan tidak bertamadun.”

Liga Vietnam sejak akhir-akhir ini berhadapan dengan reputasi yang buruk kerana beberapa isu korupsi. Mereka juga kerap menjadi bahan sindiran peminat bola sepak dengan menuduh liga Vietnam adalah pusat rasuah.

Oleh sebab inilah, Kementerian Sukan Vietnam sangat memandang serius isu ini kerana ia boleh memberikan imej yang lebih negatif kepada liga Vietnam. – sb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *