Kelibat Martin Kaymer Ditenggelamkan Oleh Cody Gribble & Wesley Bryan

MIAMI – Kelibat juara dua kali major, Martin Kaymer ditenggelamkan oleh dua pendahulu muka baharu, Cody Gribble dan Wesley Bryan selepas pusingan pertama Terbuka PGA Amerika Syarikat Honda Classic, hari ini.

Bryan dan Gribble masing-masing memulakan permainan awal di PGA National di Palm Beach Garden, Florida dengan melakukan enam bawah par 64 yang tidak dapat diatasi pemain lain selepas itu.

Namun Gribble dan Bryan, yang mencapai rekod terbaik dalam karier apabila menduduki tangga keempat di Riviera Country Club Ahad lalu, tidak melakukan sebarang kesilapan ketika Kaymer dan pemain India, Anirban Lahiri hanya ketinggalan satu pukulan di belakang.

Kaymer menamatkan saingan dengan birdie berturut-turut untuk meraih 65 dan tujuh lagi pemain melakukan 66.

“Ia adalah antara satu pukulan yang kamu ingin masukkan dalam jarak kira-kira tiga kaki,” kata Kaymer.

“Ia seperti bonus. Kamu cuba untuk menjauhi par dan kemudian mendapatkan dua. Saya mendapatkannya. Kadangkala ia berhasil dan jika tidak sebaliknya dan kamu melakukan bogey.”

Sementara itu, Bryan gembira dapat kembali beraksi di PGA National, venue di mana dia meraih slot ke Jelajah Web.com setahun lalu.

“Tempat saya selesa dan lapangan yang saya ketahui selok-beloknya.

“Saya menyukai tempat ini, lapangan golf ini dan saya menikmati hari yang baik, ” kata Bryan. – AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *