Kepercayaan isteri dikhianati suami..

27/02/2017 – Jangan terlalu meletakkan kepercayaan pada suami 100% itu yang sering kali diungkapkan wanita bergelar isteri. Ini kerana ramai isteri yang terlalu percayakan suami mereka menjadi mangsa ditipu oleh suami.

Akhirnya mendapat tahu suami mempunyai perempuan simpanan, suami telah mengambil kesempatan atas kepercayaan isteri. Seorang wanita berkongsi kisah hidupnya telah ‘diperbodohkan’ suami. Disebabkan terlalu percayakan suami, kepercayaan itu telah hancur musnah apabila mendapat panggilan telefon dari pejabat agama mengatakan suaminya telah ditangkap khalwat dengan perempuan lain.

Wanita ini berumur 27 tahun dan memiliki anak berumur 1 tahun tiga bulan hasil perkahwinan dengan suaminya. Hidup wanita ini dari mula perkenalan dengan suami memang terlalu percayakan suami, apa sahaja yang suami cakap pasti wanita ini percaya. Tetapi, apa yang wanita ini dapat hanyalah ‘kepercayaan yang di khianati’.

“Ceritanya saya kenal dengan suami ini tidak lama, hanya sekejap sahaja setiap perbuatan dan tingkah laku suami membuatkan saya jatuh hati padanya, saya dan keluarga pun percaya padanya.

“Hebatnya kamu ‘Suami’ apa sahaja yang dituturkan saya percaya kerana dia seorang suami. Tidak pernah terdetik pun untuk rasa ragu, saya sayangkan dia seperti mana saya sayang padaNYA. Selama perkahwinan saya dengan suami saya bahagia. Tapi selepas semuanya terbongkar, tengok dia pun saya rasa malu dan jijik,” tulisnya.

Wanita ini mula mengetahui suaminya telah menipu bahawa mempunyai pekerjaan. Suaminya memang cukup pandai berlakon, pagi turun seperti mahu pergi kerja, petang balik kerja macam biasa. Setiap hari wanita ini bekalkan makanan untuk suaminya ke tempat kerja.

Akhirnya, semua itu terbongkar setelah dua bulan bekerja suaminya tidak pernah membawa balik sebarang gaji. Wanita ini tinggal bersama ibu bapanya, sepanjang suaminya tidak memberikan sebarang nafkah, ibu bapanya menanggung hidupnya sekeluarga.

“Papa mana gaji, dah kerja dua bulan ini tak akan masih tidak dapat gaji lagi, susu, pampers anak nak beli ni? Suami menjawap majikan tidak memberikan gaji lagi kerana masalah tidak memberikan akaun bank,” tulisnya.

Dari situ wanita ini mula mengetahui suaminya telah penipu dia dan keluarga. Disebabkan sayang wanita ini masih lagi memaafkan suaminya, apabila segala penipuan telah terbongkar suaminya meminta maaf dan mengatakan akan mencari kerja.

Namun begitu, suami masih tidak serik dan masih lagi menipu. Masih lagi tidak bekerja tetapi ‘berlakon’ seperti orang bekerja. Sekali lagi penipuan suami terbongkar apabila pejabat agama menghubungi wanita ini mengatakan telah menangkap suaminya berkhalwat dengan perempuan lain.

“Selama setangah tahun dia cakap dia kerja, rupa-rupanya dia tidak kerja dan dia tinggal bersama perempuan lain. Turun rumah pukul enam pagi balik pukul sepuluh malam.

“Apa yang boleh buat saya tahu semua itu apabila pejabat agama telefon dan cakap “Suami puan kena tangkap khalwat dengan perempuan ini”. Rasa berderai hidup saya dan mulai saat itu saya dan keluarga sudah tidak sanggup lagi tengok dia dan saya suruh dia lepaskan saya dan dia pulang ke rumah ibunya,” tulisnya.

Apapun, wanita itu menasihati wanita jangan terlalu mempercayai suami sehingga kepercayaian dikhianati. Tidak salah mempercayai suami tetapi jangan sampai menjadi mangsa tipu suami. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *