Kerajaan DAP Pulau Pinang ringankan beban GST rakyat dengan tambah cukai.

21/02/17: Kononnya jika kerajaan DAP memerintah negara dorang nak hapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikatakan membebankan rakyat. Macam tu juga di Pulau Pinang, konon nak hapus cukai dan GST.

Tetapi lain pula ceritanya kini apabila janji-janji yang ditabur DAP semuanya palsu. Katanya demi meringankan bebanan GST… Namun hakikatnya kerajaan DAP menaikkan kadar cukai dengan cara yang ‘halus’.

DAP ni bijak… Tiga bulan sebelum GST dilaksanakan… DAP Pulau Pinang telah menaikkan cukai pintu sebanyak 14.29 peratus atau RM83.40. Sebelum ni penduduk hanya membayar cukai pintu berjumlah RM583.80 je.

Tapi lepas kenaikkan tu dorang kena bayar RM667.20… Itu sebelum rakyat dikenakan GST tau. Kemudian selepas GST dilaksanakan, kerajaan DAP Pulau Pinang berpura-pura murah hati kononnya umumkan pemotongan cukai pintu enam peratus untuk kesemua hartanah.

Perkara tersebut diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini, tapi hakikatnya kalau korang cerdik… Potongan cukai enam peratus tu langsung tak membantu korang untuk ‘meringankan bebanan GST’ seperti didakwa Guan Eng.

Sebaliknya korang masih membayar lebih dari harga asal RM583.80, iaitu sebanyak RM627.60 lebih tinggi daripada cukai pada 2014. Sedar atau tidak korang masih perlu bayar 7.5 peratus lebih tinggi daripada cukai pintu asal mereka seperti pada 2014.

Kalau korang nak tahu, cukai pintu ni sepenuhnya dikecualikan daripada GST, jadi alasan DAP konon nak ringankan bebanan GST dengan memberi potongan tersebut macam tak logik je… Ada patut nak ringankan bebanan GST dengan menambah kadar cukai pintu? Haha!

Hidup-hidup korang kena kencing dengan Guan Eng… Menjaja cerita kononnya GST cekik darah korang tapi hakikatnya Guan Eng yang dok kikis duit rakyat tanpa korang sedari.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *