Kerana Cinta Ditolak, lelaki seret bekas kekasih atas jalan tar.

KUALA TERENGGANU ― Selepas cintanya ditolak, seorang lelaki bertindak ganas dengan mengheret bekas kekasihnya di tengah jalan pada 1.30 pagi kelmarin.

Dalam kejadian di Tepoh dekat sini, suspek, 20-an, turut menghantuk kepala gadis itu, 23 tahun, ke dinding kedai di kawasan berhampiran, lapor Harian Metro hari ini.

Lelaki itu terserempak dengan mangsa yang sedang menunggang motosikal bersama adik perempuannya dan menariknya sehingga terjatuh di atas jalan.

“Adik perempuan mangsa hanya mampu melihat kakaknya diseksa memandangkan suspek sangat agresif dan tidak berani membantu kakaknya,” kata sumber seperti dilaporkan akhbar itu.

Gadis itu memutuskan hubungan kerana sering dipukul lelaki itu yang sering panas baran.

Mangsa yang luka di badan dan kaki kanan membuat laporan polis di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *