Khutbah Jumaat kini dalam Bahasa Inggeris di Langkawi.

Langkawi – Penyampaian khutbah Jumaat dalam bahasa Inggeris di masjid di Langkawi perlu diperluaskan lagi sejajar dengan statusnya sebagai pulau pelancongan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Datuk Azizan Noordin.

Katanya, ini membolehkan pelancong dan warganegara asing yang bermastautin di pulau ini yang tidak fasih berbahasa Melayu memahami isi kandungan khutbah.

“Sekarang ini saya lihat ada satu atau dua masjid saja di sini yang menggunakan bahasa Inggeris dalam khutbah. Saya rasa semua ustaz boleh berbahasa Inggeris (untuk menyampaikan khutbah),” katanya di majlis Mahabah Bersama Imam-imam Masjid anjuran LADA.

Beliau berkata sudah ada masjid di negara ini yang menggunakan bahasa Inggeris dalam penyampaian khutbah dan ia perlu diperhebatkan di Langkawi.

Menurutnya, pihak pengurusan masjid juga boleh mempertingkatkan lagi penggunaan aplikasi digital dalam penyampaian khutbah ini.
Azizan berkata LADA juga menyenaraikan 12 program keagamaan untuk diadakan sepanjang tahun ini.

Antaranya program pembangunan dan pelaksanaan kumpulan nasyid, majlis sumbangan sempena Ramadan, majlis berbuka puasa, Aidilfitri Special, Kenduri Korban LADA dan Homestay Open Day (promosi Bubur Asyura).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *