Kit Siang ‘berdoa’ Zaid Ibrahim setia bersama DAP.

07/02/17 : Keputusan bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan menyertai parti DAP telah membuatkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ‘berdoa’ agar pemimpin yang sering bertukar parti itu akan setia bersama parti barunya.

Turut senada ‘berdoa’ dengan Kit Siang adalah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir. Zaid sebelum ini terkenal dengan sikapnya yang sering lompat parti dan tidak kekal lama dengan parti yang disertainya.

Terdahulu, Zaid mencipta sejarahnya sendiri apabila meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)… Akibat tidak serasi dengan PKR dirinya keluar dari parti tersebut dan kemudian menjadi pemimpin dalam Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Namun kali ini setelah ‘bercerai’ dan pergi meninggalkan KITA… Zaid sekali lagi membuat keputusan untuk menyertai DAP setelah lama ‘menjadi duda’. Agak korang berapa lama pula Zaid mampu bertahan dalam parti DAP tu?? Jangan nanti umum keluar parti DAP pulak sudah la.

Sementara itu, Kit Siang berharap agar Zaid dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam kerjasama dengan kepimpinan parti tersebut. Harap-harap Zaid ni tak main drama lagi la noh.

Jangan jadi macam primadona sudah la suka main wayang…Korang rasa Zaid ni mampu ke jadi rakan pasukan yang ‘baik’ macam Mahathir tu?? Sanggup menghina agama sendiri demi mempertahankan DAP.

Mungkin Zaid mampu menjadi sahabat rapat Mahathir dalam usaha untuk menaikkan ‘martabat’ kerajaan DAP. Atau kemungkinan besar Zaid sertai DAP kerana mempunyai agenda tersendiri sama seperti yang berlaku terhadap bekas perdana menteri tersebut.

Penyertaan Zaid dalam parti DAP merupakan penyertaannya yang ke tiga dalam dunia parti politik semenjak dirnya meletak jawatan daripada Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008, dan mengumumkan persaraan dalam dunia politik pada 2013.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *