Kit Siang mahu ‘jual’ DAP kepada Mahathir.


21/02/17:
Pemimpin Veteran DAP, Lim Kit Siang nampaknya seperti mahu menggadaikan dan melelong parti cauvinis DAP kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Perkara ini dapat dilihat apabila Kit Siang sanggap menjual prinsip parti yang dipegangnya selama ini.

Perkara itu lebih jelas apabila Kit Siang sanggup bersekongkol dengan Mahathir hanya demi kepentingan peribadi dan keluarganya sendiri. Ahli DAP juga jelas melihat bahawa kerjasama antara dua pemimpin veteran itu sebenarnya langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada parti.

Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin berkata, jalinan hubungan antara Kit Siang dan Mahathir itu jelas merupakan satu bentuk pengkhianatan hebat terhadap DAP.

Pengkhianatan tersebut bertambah jelas apabila terbongkarnya tembelang sebenar Kit Siang… Rupanya kerjasama tersebut hanyalah untuk membantu anaknya, Lim Guan Eng agar terlepas dari hukuman penjara.

Yela, Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (PPBM) tu kan boleh ‘kawal’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jadi Kit Siang ambil kesempatan keatas Mahathir dan habuannya, dia menjual DAP kepada pemimpin itu.

Kerjasama dengan Mahathir yang dikatakan mampu membawa lebih ramai pengikut dalam Pakatan Harapan hanyalah satu alasan lapuk. Pembohongan Kit Siang terbongkar kerana kerjasama itu kini dilihat langsung tak membuatkan hasil seperti yang dicanang.

Bukan itu sahaja, ramai ahli DAP kini sedar bahawa parti mereka bakal dilelong kepada Mahathir… Malah ‘perjuangan’ Kit Siang kini jelas langsung tiada sebarang kaitan dengan parti.

Pengkhianatan Kit Siang terhadap DAP bertambah jelas apabila dirinya dilihat sanggup melakukan apa sahaja semata-mata demi kepentingan peribadi dan keluarganya, ini termasuklah menjual prinsip parti sendiri. Korang tengok jela bagaimana Kit Siang membisu soal skandal perdagangan mata wang Bank Negara Malaysia (BNM).

Kit Siang kini dipandang sebagai seorang yang lemah, penakut dan sangat rapuh kerana sanggup berkompromi dengan Mahathir lantas menggadaikan prinsip parti dan mengkhianati ahli-ahlinya demi selamatkan diri dan keluarga sendiri.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *