KJ tarik diri jika TMJ bertanding jawatan Presiden FAM.

13/02/17: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar nekad dan berpegang teguh dengan pendirian mahu menarik diri dari bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Penarikan diri bakal dilakukan Khairy sekiranya beliau mendapatiTengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim akan turut serta bertanding bagi merebut jawatan tersebut.

Pendirian Khairy terhadap keputusan tersebut tidak akan berubah dan beliau tidak mahu merebut kerusi nombor satu badan induk bola sepak negara itu bersama Tengku Ismail.

Menurutnya, beliau sudah bertemu dengan ahli-ahli gabungan yang telah mencalonkan namanya sebelum ini. Bukan itu sahaja, mereka juga dikatakan telah bersetuju dengan pendirian Khairy tersebut.

Ujarnya selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) di Putrajaya hari ini, beliau punyai banyak tugas untuk dilaksanakan daripada merebut kerusi tersebut.

Terdahulu, Khairy menyatakan akan memberi laluan kepadaTengku Ismail jika Tunku Mahkota Johor itu bertanding jawatan Presiden FAM. Tetapi, sebelum membuat keputusan terburu-buru, beliau mahu mengesahkan terlebih dahulu sama ada Tengku Ismail bertanding atau tidak jawatan tersebut.

Difahamkan, melalui satu status bergambar yang dihebohkan melalui laman rasmi Johor Southern Tigers memberi bayangan seperti menerima pencalonan bagi bertanding di kerusi panas tersebut.

Pemilihan presiden baru FAM akan berlangsung pada kongresnya 25 Mac ini.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *