Korea Utara mahu mayat abang tiri Kim Jong-un dipulangkan

PYONGYANG – Korea Utara meminta Malaysia menyerahkan mayat seorang lelaki yang dipercayai abang tiri kepada Kim Jong-un.

Kim Jong Nam yang dipercayai telah diracun semasa sedang menunggu penerbangannya dari KLIA2 pada pagi Isnin.

Pihak berkuasa Malaysia mahu melakukan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian Jong Nam tetapi Pyongyang dilaporkan menolak.

Polis telah menahan seorang wanita tetapi sedang mencari beberapa saspek lain.

Menurut beberapa laporan, Korea Utara telah menghantar sejumlah wakil ke hospital, tempat bedah siasat dijalankan untuk meminta mayat tersebut dipulangkan.

Malaysia secara rasmi belum mengesahkan kematian Jong Nam, yang mengembara menggunakan nama Kim Chol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *