Kuala Lumpur di iktiraf Pusat Beli-belah terbaik rantau Asia.

12/02/2017 – Kuala Lumpur dipilih sebagai pusat membeli-belah terbaik di rantau Asia, lapor Oriental Daily.

Memetik kajian yang dibuat oleh syarikat pelancongan online terkenal di dunia, Expedia, pemilihan Kuala Lumpur berdasarkan komen pelancong, jumlah kedatangan pelancong, harga, tahap kemesraan rakyat tempatan dan sebagainya.

Hasil kajian dibuat mendapati Kuala Lumpur berjaya mengatasi bandar-bandar terkemuka di Asia seperti Tokyo, Jepun. Manakala New York, Amerika Syarikat dipilih oleh Expedia sebagai pusat membeli- belah terbaik di dunia.

“Segi tiga emas Kuala Lumpur mempunyai banyak pusat membeli-belah terkenal, selain itu, ramai pereka fesyen antarabangsa dan syarikat francais yang dikenali di dunia turut boleh didapati di sini,” tulis akhbar berkenaan.

Naib Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (Mita), Jason Ow Yeang berkata, segi tiga emas Kuala Lumpur kawasan yang strategi kerana laluan jalannya yang sempurna, kepelbagaian makanan boleh didapati dengan mudah manakala barangan yang dijual adalah murah dan menarik.

“Pemilihan Kuala Lumpur sebagai pusat membeli-belah terbaik di Asia adalah tepat kerana ia memiliki syarat dan kelebihan yang lebih baik daripada negara-negara lain di rantau Asia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *