Kucing Menjadi Mangsa Rogol Manusia

14/02/2017 Indonesia – ‘Sungguh malang nasibmu Putih,” kata Drs Syafitri merupakan seorang guru di sekolah menengah di Riau, Indonesia. Putih adalah kucing kesayangan Syafitri yang diberi nama Putih, Putih tengah sarat mengandung.

Namun, putih telah keguguran akibat perbuatan jijik manusia yang tidak bertanggungjawab. Syafitri mendakwa kucingnya itu telah ditinggalkan hanya beberapa jam di rumah.

Tiba-tiba anaknya menghubungi dan memaklumkan bahawa si putih dalam keadaan tenat dan darah tidak berhenti menitik dari kemaluannya.

Syafitri telah membawa si putih ke klinik haiwan di Desa Tembilahan. Setelah diperiksa doktor haiwan, si putih dipercayai telah menjadi mangsa serangan seksual oleh seorang manusia.

Menurut doktor Iswendi, si putih telah keguguran kerana sesuatu benda tumpul masuk ke dalam rahim kucing itu hingga mengakibatkan berlaku pendarahan teruk dan keguguran.

Sementara itu, kanak-kanak di sekitar rumah Syafitri berkata ada melihat si putih telah di pegang dan di cium-cium oleh seorang lelaki dipercayai suspek yang merogol si putih sebelum dibawa ke belakang rumah.

Suspek telah menghantar si putih semula dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Si putih telah berjalan masuk ke dalam rumah sebelum ditemui oleh anaknya dengan darah menitis dari kemaluan.

Bagaimanapun keadaan si putih sudah semakin putih dan semakin baik. Tetapi, si putih masih lagi makan di suap. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *